|
|
 |
 |
September 14, 2007
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG YANG BERAGAMA ISLAM.... Semoga semua amalan kita di terima olehNya... dan keampunan atas segala dosa2 kita yang telah lalu... Insya Allah...
Posted at 9:16:21 am by zaimar
Permalink
August 30, 2007
Forwarded Ilmu from a friend Assalamualaikum wbh
Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya. Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.
Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti: 1. Hati 2. Jantung 3. Paru-paru 4. Perut 5. Hempedal 6. Buah pinggang 7. Jantung 8. Buah pinggang 9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam 10. Telur ikan. Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini? Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya. Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran. Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi? Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya. Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital. Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar : 1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya. 2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya 3. Elakkan minuman bergas 4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah 5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit. 6. Makan buah delima 7. Makan epal hijau. Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu. Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah). Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan. Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah. Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati. Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah. Sekian wassalam wallahualam
Posted at 8:25:42 am by zaimar
Permalink
August 28, 2007
Terkuburnya Kelantan Delights di Suria KLCC
Satu perkara yang perlu kita sama2 renungkan...
Oleh Datuk Rejal Arbee
Malam tadi adalah malam terakhir restoran Kelantan Delights -
satu-satunya sahaja restoran masakan Melayu yang beroperasi di Suria
KLCC - menghidang makanan di situ. Mulai esok (23hb Ogos) berakhirlah
riwayatnya setelah beroperasi selama 10 tahun memperkenalkan masakan
Melayu, khususnya makanan Kelantan seperti nasi kerabu dan nasi dagang
kepada pelancung dalam dan luar negeri di situ.
Penutupannya juga menandakan sudah tidak ada lagi restoran yang
menyajikan masakan Melayu di situ. Apakah salah kalau disimpulkan bahawa
pengurusan Suria KLCC tidak mahu ujud kedai yang menyediakan masakan
Melayu kepada orang ramai yang berkunjung ke Menara berkembar Petronas?
Ini hanya Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,
seorang warga Australia bernama Brian Andrew yang boleh memberi jawapan.
Kalau ditanya tentulah mereka mengatakan bahawa tuan punyai Kelantan
Delights, Sdr Juhaidi Yean Abdullah dan isteri tidak mahu membayar sewa
yang dikenakan, ia itu RM44,000 sebulan, naik dari RM30,000 sebelum ini.
Juhaidi berkata masalahnya bukanlah kadar sewa yang dikenakan, tetapi
sikap pengurusan yang agak bongkak seolah-olah memberikan kata dua
kepadanya tanpa mahu berunding. Apakah kenaikan kadar sewa yang begitu
melonjak berpatutan - naik hampir 50 peratus dalam tempoh setahun?
Pengurusan Suria KLCC juga tidak telus kerana merahsiakan kadar sewa
yang dikenakan kepada premis lain yang bersebelahan. Misalnya Chakri
Palace (masakan Thai), Spice of India atau Madame Kwan dan Shan Village
(masakan Cina). Apakah kadar sewa yang dikenakan kepada mereka itu sama
dengan yang dikenakan kepada Kelantan Delights?
Mereka menjadikan kadar sewa yang dikenakan seperti satu rahsia negara
yang amat besar sekali.
Kini premis itu yang telah dipopularkan juga oleh Kelantan Delights akan
diberikan kepada suatu restaurant Korea. Dengan ini berbagai masakan
negeri asing boleh dinikmati di Suria KLCC tetapi jangan harapkan
mendapat masakan Melayu di situ. Apakah gambaran yang hendak diberikan
pengurusan Suria KLCC? Salahkah kalau disimpulkan bahawa mereka
berpandangan bahawa masakan Melayu tidak layak disajikan kepada
pengunjung Menara Kembar Petronas?
Apakah salah kalau diandaikan pengurusan Suria KLCC tidak langsung
prihatin dengan keadaan tempatan? Dengan tamatnya riwayat Kelantan
Delights di situ, makanan Melayu sudah tidak terdapat lagi diMenara
Kembar Petronas. Apakah tidak aneh masakan bangsa-bangsa lain boleh
dinikmati di situ tetapi masakan tempatan tidak ada?
Apakah makanan Melayu tidak setaraf makanan bangsa-bangsa lain hingga
tidak lagi diberi tempat di situ? Salahkah kalau disimpulkan bahawa
pengurusan Suria KLCC tidak mahu orang yang mengunjundi Menara Kembar
Petronas menikmati masakan Melayu?
Maka tidak menghairankan pengacara TV Aziz Desa yang turut hadir dalam
jamuan terakhir di situ malam tadi antara lain memberi rangkap pantun
ini:
Buai laju-laju
Sampai KLCC
Apa nasib Melayu
Merempat di negeri sendiri.
Antara mereka yang hadir adalah beberapa orang rakan wartawan dan
personality TV seperti Ras Adiba. Kelantan Delights juga meraikan
seramai 40 orang warga tua dari Rumah Seri Kenangan Ceras.
Apakah yang boleh disimpulkan dari perkembangan terakhir ini yang
dihadapi pekedai-pekedai Melayu di situ? Nampaknya satu demi satu kedai
Melayu terpaksa ditutup.
Maka dengan itu kini tiggal hanya 10 buah kedai yang diusahakan Melayu
daripada 325 buah kedai. Apakah ini tidak menimbulkan keresahan
dikalangan orang Melayu? Apakah pihak berkuasa tidak langsung prihatin
dengan perkembangan ini dan sikap pengurusan Suria KLCC?
Kabarnya keadaan di Alamanda Putrajaya yang juga diuruskan Suria KLCC
tidak banyak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Menara Kembar
Petronas. Tidak menghairankan kerana Ketua Pegawai Eksekutif Alamanda
adalah isteri kepada Brian Andrew iaitu Lisa Words. Apakah tidak aneh
isteri boleh dilantik sebagai boss anak syarikat di mana suaminya
menjadi ketua?
Perkembangan ini sebenarnya memberi implikasi besar terhadap kedudukan
perniagaan Melayu di kompleks beli belah yang bertaraf antarabangsa.
Orang Melayu sendiri tidak mengharapkan pembelaan dari komplek yang
dikuasai bukan Melayu seperti Mega Mall atau One Utama. Tetapi kompleks
membeli belah yang dikuasai sebuah Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC)
tentunya perlu ada sedikit pertimbangan untuk menggalakan peniaga
Melayu.
Apa yang berlaku kepada Kelantan Delights juga menunjukan sikap kurang
prihatin oleh kerajaan dan institusi yang kononnya diujudkan untuk
memelihara dan membantu peniaga Melayu. Jadi dimanakah usaha mahu
menggalak orang Melayu berniaga? Melayu yang benar-benar berkebolehan
bukannya yang Ali Baba dimana rakan kongsi Melayu hanyalah sebagai
'sleeping partner' saja.
Apa khabar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi? Apa khabar
MARA? Tidak adakah satu pun Jabatan atau Ajensi Kerajaan prihatin
terhadap apa yang sedang melanda peniaga Melayu di Suria KLCC?
Khabarnya Ketua Setiausaha Kementeri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
ada menemui Pengurusan Suria KLCC. Tetapi tidak pula diketahui apa
hasilnya. Yang diketahui Kelantan Delights sudah tutup kedai di sana.
Nampaknya tidak ada kesudahan.
Malah perjumpaan antara Ketua Setiausaha Kementerian dengan pengurusan
Suria KLCC yang tidak membawa kepada pembelaan peniaga Melayu akan
memberikan hasil yang lebih buruk kerana tidak apa pun yang berlaku.
Pengurusan Suria KLCC tentunya akan bersikap lebih bongkak dan sombong
seolah-olah mereka kebal dan boleh melakukan apa saja tanpa siapa pun
boleh menegur.
Malam tadi saya juga terpegum melihat empat pasagan orang putih yang
hendak memasuki restoran. Salah seorang pekerja Kelantan Delights yang
berada dipintu memberitahu bahawa restoran tidak dibuka untuk pelanggan
malam itu. Tetapi Sdr Juhaidi yang kebetulan berada berhampiran sedarkan
apa yang berlaku dan terus mencelah dan memperlawa mereka masuk
menikmati hidangan secara gratis.
Salah seorang daripada mereka memberi tahu bahawa mereka datang dari
Rusia dan mahu menikmati Nasi Kerabu sambil menunjukkan buku pelancungan
dalam bahasa Rusia dengan nama Kelantan Delights di tandakan. Juhaidi
terus gugup bahawa restorannya dimasukkan dalam buku pelancungan Rusia.
Beliau memberitahu mereka bahawa Nasi Kerabu tidak disajikan malam itu
tetapi telah memberikan mereka hidangan nasi dagang serta hidangan lain.
Seorang daripada pelancung Rusia itu yang perkenalkan dirinya sebagai
seorang pegawai Kerajaan Tempatan Moscow telah memperlawa Juhaidi
membuka Kelantan Delights di ibu negara Rusia itu. Nampaknya orang asing
lebih menyokong Kelantan Delights daripada Suria KLCC.
Juhaidi memberitahu saya bahawa restorannya itu sememangnya mendapat
tempat dalam beberapa buku pelancungan asing selain dari dalam bahasa
Inggeris juga buku pelancungan dalam bahasa Jepun dan Arab.
Untuk mengakhirkan cerita malam tadi bukanlah bermakna Kelantan Delights
akan terus terkubur; hanya di Menara Kembar Petronas. Dua bulan lagi ia
akan muncul semula kali ini di Sentral, tepatnya di Sooka Sentral
bersebelahan pusat pengangkutan Sentral dan Hilton Kuala Lumpur.
Juhaidi memberitahu bahawa Pengurusan MRCB yang lebih prihatin kepada
peniaga Melayu telah mempelawanya membuka kedainya di bangunan yang baru
selesai di bina itu. Nampaknya 'Suria KLCC's loss is a gain for MRCB's
Sooka Sentral'. Kita berhadap Kelantan Delights akan lebih maju dan
berjaya di Sooka Sentral.
Rejal Arbee
22 Ogos 2007
Posted at 8:31:23 am by zaimar
Permalink
August 17, 2007
Assalamualaikum, Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan. ..!!Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara.
Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai tanggungjawab kamilah. Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut'dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami dibuatnya. Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya.
Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih. Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna beberapa ketika kemudian. Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa. Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung."Dah sembahyang?" suami saya bertanya. "Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya. "Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran. Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah..h..h. .. Adik boleh usaha lagi." "Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai." "Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut. "Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya. "Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang ajalah!" saya menyampuk. "Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!" "UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha." " Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!" "Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni." "Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan." Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati
saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik. "Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan. "Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak
yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak. Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu
mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2. Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya. Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram. "Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya. "Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar Kasih- Sayang ," kata saya. Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara. "Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya. "Kerana Kasih- Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih- Sayang Adik tak besar dengan duit!" Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir.... . Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum. "Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau.Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya. Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu... - terharu sungguh..... ..!! Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadis Qudsi, Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w.
"Wahai Muhammad, kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia ini......." Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah dan lauk " wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ......., kami lah hamba yang mengharap belas darimu
......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "
Posted at 8:50:41 am by zaimar
Permalink
July 3, 2007
Dapat dari email.. Emm tak pastilah betul ke tak cerita ni.. kalau betul Subhana Allah... Kepada ibu-ibu yg tgh mengndung atau bakal mengandung jaga tingkah laku n pertuturan....
Assalamualaikum..... Kejadian ini benar2 berlaku di Makkah.....member office pergi ke Makkah menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007. Ceritanya berlaku kat hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doctor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular. Subhanallah. Nauzubillah.... Lihatlah gambar yang dirakamkan ini.....
Posted at 12:57:55 pm by zaimar
Permalink
May 18, 2007
MALAM PERTAMA.. Bersediakah kita...
Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar.. Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH.. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat.. Atau terkubur bersama dosa-dosa... Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Bagaimana? Terasa hendak menjadi 'pengantin' tersebut? Marilah bersama muhasabah diri. Kita hanya insan, mudah terleka dek godaan syaitan...
Written by Pak Tam Yeop (Raudhah)
Posted at 8:42:37 am by zaimar
Permalink
BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU TERUTAMA WANITA
Dapat dari email... sekadar menyebarkan.. semoga dapat manfaat dan sentiasa berhati-hati.. Insya Allah
Assalamualaikum,
Kisah yang akan saya ceritakan ni mungkin dah biasa berlaku tapi bila ianya terjadi pada org yg kita kenal/rapat, kita juga akan turut terasa tempiasnya.
Baru saja berlaku semalam, 15/5/07 pada adik perempuan biras saya. Biar saya namakan sebagai K.
Lebih kurang pukul 3 ptg, K dan dua org anak perempuannya yg berumur 4 & 5 tahun dan tinggal di Puncak Alam, pergi ke Sungai Buluh untuk mengambil baju anak2nya yg telah ditempah sebelum tu. Sesudah mengambil baju tersebut, mereka pun terus balik ke rumah. Apabila tiba di Sg Plong, tiba2 kereta Hyundai Matrix yg dipandu K dilanggar dari belakang oleh sebuah Proton Waja kelabu. K yg agak panik berhenti di tepi jalan yg mana ada penjual bantal dan kekabu berdekatan. K kemudian turun, diikuti oleh salah seorg dari penumpang kereta Waja tersebut (ada tiga semuanya, dua org berbangsa India, pemandu tak diketahui bangsanya). Dia cakap pada K, brek kereta K rosak. K yg rasa pelik dan memang tahu brek keretanya tak rosak, terus bergegas masuk ke dalam keretanya. Tapi dia ditolak oleh lelaki tersebut dan seorg lagi lelaki telahpun masuk ke dalam kereta di bahagian belakang. (Anak2 K, sorg di tempat duduk hadapan dan sorg lagi di belakang). Kemudian lelaki tersebut terus memandu kereta K dan K terseret sedikit disebabkan dia cuba juga untuk membuka pintu keretanya.
K yg panik dan risaukan anak2nya terus ke kedai bantal berdekatan untuk meminjam telefon dan terus menelefon suaminya manakala peniga kedai tersebut menelefon polis. Tak lama kemudian, peronda polis datang dan membawa K ke balai polis Sg Plong. Polis bertindak agak cepat dgn menelefon balai polis2 di sekitar selangor untuk gerakan mencari diadakan. Kemudian suami K datang dan mereka dibawa ke Pondok Polis Mutiara Damansara disebabkan di situ terdapat Jabatan siasatan jenayah. Dengan bantuan pihak polis, lebih kurang jam 6.55, anak mereka dijumpai di dalam kereta Waja( disyaki juga kereta curi) di depan Uitm Puncak Perdana dlm keadaan sedang tidur.
Alhamdulillah, syukur, jumpa jugak akhirnya. Saya juga turut bergegas bersama suami ke Pondok Polis Mutiara Damansara selepas waktu kerja untuk berjumpa dengan K.
Saya juga seorg ibu kepada tiga org anak dan faham perasaan K. Perkara pertama yg bermain di kepala saya bila terdengar berita ini, bagaimana kalau ianya terjadi kepada saya dan anak2. Hanya tuhan yg tahu. Tersentuh perasaan saya bila melihat suami K mengalirkan airmata bila dapat bercakap dengan anak2nya melalui telefon polis sementara menunggu ketibaan anak2nya. Bila anaknya sampai, apalagi, sebaklah semua yg berada di situ. Nasib baik anak2nya tak diapa2kan, tingkap kereta waja tersebut jugak diturunkan dan pintu tak dikunci.
Salah seorang Inspektor di situ juga mengingatkan kami supaya tidak sekali2 berhenti jika ada kenderaan lain melanggar kereta, dan sekiranya perlu terus meberi isyarat kepada kenderaan tersebut untuk ke balai polis berdekatan. Pihak polis juga ada memberitahu kami, kejadian ini memang sedang berjalan dengan aktif dan mereka sedang dlm usaha memburu penjenayah2 tersebut.
So, berhati2lah semua dan ambil iktibar dari kejadian2 ini. Bila berlaku kejadian2 sebegini, jangan cepat panik. Ok, be careful everybody
Posted at 8:32:51 am by zaimar
Permalink
May 16, 2007
HAPPY BIRTHDAY BUAT M (05/05/07)
Didedikasikan khas buat M... (gunakan mouse untuk membaca mesej dalam petak)
Untuk mendengar atau download lagu tersebut sila klik tajuk lagu di bawah : FIQ-Tiga Malam Tanpa Bintang
Kasih.. maafkan diriku.. banyak..dosaku padamu, Tidak terhitung jari jemari daku.. Tak dapat dibilang bagai bintang beribu Sukarnya diriku menebus kesilapan yang lalu
Kasih.. engkau tak bersalah, Hanya hatiku yang buta Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga Dan tanpa belas ku buat kau kecewa Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
Tiga malam.. tanpa bintang Dan diriku dihimpit penyesalan Arah tuju kian Fana Kerna hilang nyawa dia Bagaikan siang diselubung gerhana
Kembalikan senda tawa Pulangkanlah manis di senyum manja Ku pahatkan keinsafan Dan patrikan kesetiaan Sehingga tarikh menafikan nyawa
Tiga malam.. tanpa bintang Dan diriku dihimpit penyesalan Arah tuju kian Fana Kerna hilang nyawa dia Bagaikan siang diselubung gerhana
Kembalikan senda tawa Pulangkanlah manis di senyum manja Ku pahatkan keinsafan Dan patrikan kesetiaan Sehingga tarikh menafikan nyawa
Kasih.. maafkan diriku.. banyak..dosaku padamu, Tidak terhitung jari jemari daku.. Tak dapat dibilang bagai bintang beribu Sukarnya diriku menebus kesilapan yang lalu
Kasih.. engkau tak bersalah, Hanya hatiku yang buta Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga Dan tanpa belas ku buat kau kecewa Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
Posted at 1:48:17 pm by zaimar
Permalink
April 25, 2007
Semoga boleh memberi manfaat...
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.
Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Posted at 9:44:49 am by zaimar
Permalink
Berhati-hati ketika memilih / membeli kasut...





Posted at 9:16:47 am by zaimar
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|