ZAIMAR95... CATATAN KENANGAN TERINDAH....


T-Banner
1



"Engkau tiba bagaikan pelangi... Tak bercahaya namun kau berseri...
Tapi cukup menghiburkan hati ini..."


"Hidup ini tak selalunya indah...
Tetapi yang indah itu selalu dalam kenangan...."








- zaimar95 -
- Pahang, Malaysia -


ﻡﻳﺣﺭﻠﺁ ﻥﻤﺣﺭﻟﺍ ﻪﻠﻟﺍ ﻡﺳﺑ
Apabila kita telah menapak maju kedepan.. terlalu sukar untuk memperbaiki langkah sumbang yang telah jauh kita tinggalkan dibelakang...





VIDEO PILIHAN
(Klik Pada Gambar)


Untuk menonton Video Pilihan yang lepas sila klik
~ Album Video Pilihan ~

Rita VS Nisda
Di Tempek Pada : 07hb. Dis. 2006



PERHATIAN
Kepada pengunjung yang tidak dapat melihat gambar, video dan sebagainya yang ditempek didalam blog ini, sila terus ke web storan utama yang disediakan di bawah :




  • BLOG-BLOG PILIHAN


       

    << February 2007 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28







    orang tetamu... Terima Kasih
    Senang-senang datanglah lagi..


    WAKTU SOLAT

    Statistik Pengunjung

    Counters
    Counters
    LAGU-LAGU PILIHAN
    (Dengar atau Download)
    Sila tekan button pause pd playlist
    diatas bagi mengelakkan
    tindihan bunyi.

    Stings - Kau Tetap Kuhajati
    Bdk Kacamata - Cinta Tak Perlu Dipaksa
    Erra Fazira - Berteman Sepi
    Erra Fazira - Yang Terindah Hanya Sementara
    Hazami - Mungkir Bahagia
    Misha Omar - Nafas Cahaya
    Adibah Nor - Terlalu Istimewa
    Once - Dealova
    Fazli Zainal - Harapan
    Irwan & Acha - My Heart
    Samsons - Kenangan Terindah
    Faradhiya - Bertahta Di Hati
    Farah Waheeda - Tanpamu
    Ayie - Retak
    Glenn - Januari
    Dewa - Pupus


    S
    E
    K
    A
    D
    A
    R

    N
    A
    K

    T
    A
    H
    U

    J
    E
    R
    .
    .
    .
    Bagaimana boleh terziarah ke blog zaimar95 nie...

    Tak tersengaja jumpa melalui search engine
    Kawan bagitahu (baguih aa kawan u tu)
    Terselit adress blog ni kat email sapa entahh
    Tak ingt lah camna boleh terjumpa
    Kesemua di atas.. boleh ker?
    Tak der jawapan yg kena dr kesemua di atas...


    LAGU-LAGU NASYID PILIHAN

    Damai yang Hilang
    Bidadari
    Bicara Hamba
    Bahagia
    Anak Soleh
    Perjalanan
    Kembara di Tanah Gersang
    Teman
    Saat Ajal Menjelang
    Tak Selamanya
    Sesungguhnya
    Sumayyah
    Subuh
    Setanggi Kasih
    Selamat Tinggal Ibuku
    Satu kiblat Yang Sama
    Kala Subuh
    Pergi Tak Kembali
    Pelita Hidup
    Musafir Kelana
    Munajat
    Mimpi
    Lagu Kedamaian
    Kembali
    Permaidani
    Intifada
    Impian Kasih
    Ibu Mithali
    Jaga Hati




    Aku juga salah seorang daripada peminat beliau
    From : Trek Selebriti ASTRO

    Video Klip 1


    Video Klip 2


    Video Klip 3


    ANTARA LAGU-LAGU ALLAHYARHAM SUDIRMAN
    (Dengar atau Download)


    Ayah dan Ibu
    Warisan
    Apa Khabar Org kampung
    Salam terakhir
    Punch Card
    Nilai Cintamu
    Milik Siapakah Gadis Ini
    Merisik Khabr
    Gerimis Di Lautan
    Chow Kit Road
    Basikal Tua
    Balik Kampung
    31 Ogos
    Hujan
    Pelangi Petang
    Terasing
    Bila Wajahmu Aku Bayangkan


    Allahyarham Sudirman
    telah kembali ke Rahmatullah
    pada 22hb. Feb 1992
    bersamaan dengan18hb. Syaaban 1412

    Kubur Allahyarham Sudirman
    di Kg. Paya Kechik Temerloh...
    Al-Fatihah...

    SALAM TERAKHIR - SUDIRMAN

    Sampaikan salam buat semua
    Salam terakhir salam teristimewa
    Kepada kau yang tersayang
    Pada teman yang ku kenang
    Pemergian ku ini tak dirancang

    Usah bertanya mengapa aku
    Mengucap salam terakhir kepada mu
    Kerna waktu berputaran
    Bimbang tak berkesempatan
    Melahirkan kerinduan terhadapmu

    ( korus 1 )
    Demi sebuah kenyataan
    Yang amat menyakitkan
    Aku yang tidak berdaya
    Hanya berserah padaNya

    ( korus 2 )
    Salam akhir
    Salam yang teristimewa
    KepadaNya ku memohon keampunan
    MelaluiNya ku beri kemaafan
    Kepadamu

    ( ulang korus1, korus2 )

    Andainya aku punya waktu
    Masih ku ingin mengulangi semula
    Saat indah bersama mu
    Sayang tak berkesempatan
    Abadikan saja salam ku di ingatan

    Salam ku yang terakhir







    Sebarang Komen/Ulasan

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed

    February 23, 2007
    Allahyarham Sudirman Hj Arshad (12 Mei 1954-22 Feb 1992)

    Semalam genaplah 15 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arshad. satu nama yang cukup besar dan masih diingati sehingga kini. Aku yang berkesempatan membesar dgn lagu2 beliau masih terasa kehilangannya. masih aku ingat tika diumumkan kematian beliau aku sedang cuti sakit disebbakan chickenpop masa tu aku baru dlm tingkatan 3. Berita tu mmg amat mengejutkan kerana secara tiba2 je diumumkan kematian beliau. Mmg keluarga beliau merahsiakan yg Allahyarham sedang sakit walaupun ada tersebar pelbagai cerita ttg kehilangan beliau.

    MMg diakui pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Sifat patriotik yang tinggi yg ada pada diri beliau sukar dicari didlm jiwa2 artis sekrg. itulah kelebihan beliau. Dibawah ini aku sertakan beberapa kisah dan pencapaian beliau di areana seni tanahair.... Al-Fatihah

    Sudirman Hj Arshad (12 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia, Dikatakan penghibur nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Beliau telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.

    Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.

    Riwayat Hidup

    Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada tahun 1954 di Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan yang merupakan seorang bapa penoreh getah bersebelahan dengan rumahnya.

    Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 33 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh, Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya.

    Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh dan Sekolah Sultan Abu Bakar (SABS) di Kuantan, Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan Enam. Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang. Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LLB) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Beliau telah dipanggil untuk menjalani latihan mahkamah empat tahun kemudian.

    Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Juara Bintang RTM pada 11 Ogos 1976 dengan mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik.

    Tema lagu-lagunya

    Selepas meninggalkan Warnada Rekod yang menerbitkan album pertama Teriring Doa, Sudirman berhijrah ke EMI Rekod pada tahun 1978 dan menerbitkan lebih 15 buah album, ternyata kebanyakan lagunya mudah meresap ke jiwa pendengar kerana Sudirman menghayati sepenuhnya ketika setiap kali rakaman dilakukan.

    Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan itu terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangan Sudirman berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia. Lagu-lagunya ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, penganggur, jururawat, gadis desa dan anggota keselamatan, seperti lagu Pesan Abang, Aku Penganggur, Jamilah, Sepetang Di Pinggir Bukit, Anak Gembala, Orang Kampung, Perasaan, Anak Muda, Basikal Tua, Anak Desa dan banyak lagi.

    Tema lagunya berkisar dari alam semulajadi – Penyu Menangis, kepada perlaksanaan sistem Punch Card ke sub budaya Chow Kit Road, rentak keliru Aku Penganggur, lagu patriotik Tanggal 31 dan kedinginan Salam Terakhir. Lagu Balik Kampung merupakan suatu kemestian bagi perantau-perantau yang berpusu-pusu meninggalkan kota pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.

    Sudirman pernah mencoretkan catatan pada kulit album (piring hitam) ABADI (1982) bahawa EMI dan penerbitnya masa itu, S.Atan, tidak yakin untuk menerbitkan album patriotik (sepuluh lagu semuanya lagu patriotik) kerana takut masyarakat tidak dapat menerimanya. Tetapi demi cintanya pada Malaysia, beliau berkata sekurang-kurangnya biarlah dia ada satu album patriotik untuk seumur hidupnya. Dalam ABADI, lahirlah lagu Warisan, Punch Card, Kehadiranku, Tanggal 31 dan Tegakkan Bendera Kita. Album itu tidak mendapat sambutan sebagaimana album komersilnya yang lain. Namun, tidak siapa menyangka, album patriotik Sudirman itu mendapat perhatian sampai kini. Lagunya sering berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut hari kemerdekaan.

    Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya, kata-kata yang pernah diucapkannya.

    Artis

    Sudirman dilantik sebagai Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kesenian Malaysia pada tahun 1985. Beliau menyanyikan lagu yang menggembirakan ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat, To know Malaysia is to love Malaysia.

    Sudirman dilantik sebagai duta bagi pelbagai syarikat terkenal seperti Proton, Malaysia Airlines, Honda Cup dan "honored pioneer card member" dengan Hong Leong.

    Siapa dapat melupakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 15 April 1986. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100,000 warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian. Konsert jalanan di kawasan terbuka itu telah memenuhi segenap Jalan Chow Kit sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert.

    Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman memenangi Anugerah Persembahan Terbaik dimana persembahannya begitu menyayat hati sewaktu mendendangkan lagu Merisik Khabar dengan petikan lighter simbolik beliau.

    Sudirman juga muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya yang berbeza, mengenakan baju bendera (Jalur Gemilang) sambil mengibarkan Jalur Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.

    Tarikh 19 Mac 1989 merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia apabila Sudirman telah dinobatkan sebagai Anugerah Penghibur Terbaik Asia tahun 1989 dalam Salem Music Award Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan lapan orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Filipina, China dan Singapura. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan 2 buah lagu Inggeris A Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.

    Sudirman, seorang artis yg mempunyai daya tarikan yg tersendiri. Dia ada showmanship semasa di pentas, sesuatu yang kurang kelihatan di zamannya.

    Sudirman juga seorang yang bijak bekerja. Dia bekerjasama dengan produser, suka berkongsi idea dengan penerbit untuk menghasilkan yang terbaik. Beliau memiliki kreativiti yang amat besar. Dengar saja penghayatan lagu yang dinyanyikannya. Beliau juga amat unik dengan penjiwaan di atas pentas. Bukan saja kerana nyanyian beliau, tapi tingkah lakunya yang sungguh terbuka, bekerja keras, menghormati seni dan rakan-rakannya dikagumi menjadikannya seorang insan istimewa.

    Beliau juga aktif di dalam Persatuan Penyanyi dan Pemuzik Tanahair(PAPITA) dan dilantik menjadi Timbalan Presiden PAPITA untuk satu penggal.

    Perkahwinan

    25 Disember 1981 merupakan detik-detik manis beliau apabila menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamariah “Kay” Jamaluddin, selepas menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di University Malaya. Pada 1983, Sudirman menjalani latihan guaman. Bagaimanapun, perkahwinan itu cuma bertahan selama empat tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak

    Kematian

    Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama beberapa hari. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat.

    Pada 22 Febuari 1992, jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru {pneumonia}. Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara ibunya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

    Pencapaian

    • Penghibur TV Terbaik
    • Anugerah Seri Angkasa 1978
    • Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
    • Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
    • Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
    • Asia's Number One Performer 1989
    • Anugerah Guinness
    • Ahli Mangku Negara 1988
    • Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang 1990
    • Johan Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong 1992
    • Penghibur No. 1 Malaysia (dari New Strait Times pada tahun 1993)
    • Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993


    Bukan gelaran jadi ukuran... Tetapi bakti yang disumbangkan. - Sudirman Hj. Arshad.


    Penulis dan Pelukis Kartun

    Sewaktu hayatnya, Sudirman mempunyai ruangan tetap sebagai pelukis karikatur menerusi ruangan Teringat-ingat di dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu, juga pernah menulis di Mingguan Malaysia dan menjadi kolumnis di beberapa buah akhbar mingguan tempatan, antaranya dia pernah menemuramah dan menulis riwayat hidup pahit getir perjuangan bekas Timbalan Perdana, Tun Ghafar Baba di dalam sebuah akhbar tabloid.

    Sudirman telah mengarang sebuah buku kartun Sejarah Awal Sudirman yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf pada tahun 1991. Buku ini menceritakan kisah hidup Sudirman dari saat kelahirannya sehingga Mei 1972. LAT, pelukis kartun tanahair yang ulung, merupakan sumber inspirasi beliau.

    Sudirman memenangi Hadiah Pertama dalam Mobil-Malaysian Association of Book Publishers Awards, anugerah bagi novel sastera kanak-kanaknya iaitu Taming Si Budak Pintar pada tahun 1995, yang memuatkan pelbagai cerita kanak-kanak bagi melahirkan kanak-kanak pintar.

    Pelakon Filem

    • Kami (Mula ditayangkan pada 27 Mei 1982), Sudirman membawakan watak Tookoo.

    Dikeluarkan oleh Indra Film Productions and Distribution Sdn. Bhd, filem pertama arahan Patrick Yeoh. Sinopsis: Tookoo, seorang budak kampung berusia 17 tahun, hanya belajar sampai darjah 6 dan hobinya suka menyanyi. Ibunya sudah meninggal dunia, dia tinggal bersama ibu tiri dan bapanya, seorang driver lori. Disebabkan tidak serasi dengan ibu tirinya, dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Di sana, Tookoo bertemu dengan Din, seorang kanak-kanak terbiar. Din tinggal bersama makciknya yang selalu menderanya. Oleh sebab itu Din pun melarikan diri dan ingin mencari ibu kandungnya. Suatu hari semasa hujan, Din minta berteduh di tempat berlindung Tookoo iaitu sebuah banglo yang ditinggalkan. Sejak itu Din dan Tookoo menjadi kawan baik, di situlah bermulanya KAMI. Macam-macam halangan dan rintangan yang mereka hadapi dalam meneruskan hidup.

    Menjelang penghujung usianya, Sudirman memberitahu, dia telah menyiapkan skrip filem Primadona dan bercita-cita untuk menjadi produser dan pengarahnya. Malangnya hasratnya itu tidak kesampaian.

    Usahawan

    Kejayaannya dalam memasarkan minuman tin berkarbonat jenama Sudi (ringkasan Sudirman Usaha Dagang Industri) telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. Minuman Sudi yang terkenal telah mengambil 5 peratus pasaran minuman karbonat dalam masa 6 bulan beroperasi (dengan bantuan majalah bisnes dan program TV dari Australia ke Hong Kong mengiklankan minuman Sudi).

    Atas inisiatifnya juga, beliau telah membuka Sudi Shoppe di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular. Perniagaannya termasuk cermin mata hitam yang fleksibel.

    Sudirman Usaha Dagang Industri merancang untuk mengeluarkan Sudi Rasa - iaitu makanan dalam tin seperti sardin, santan kelapa, buah-buahan, koktel dan mee segera. Dilaporkan ada juga rancangan untuk minyak masak, sos tomato dan sos cili istimewa.

    Dalam tahun 1987, Sudirman menghasilkan sebuah album berjodol Sahabat untuk anak saudara kesayangannya atai di bawah Sudirman Productions.

    Malangnya setelah Sudirman jatuh sakit, perniagaannya - Sudirman Productions dan Sudirman Usaha Dagang Industri telah ditutup disebabkan pemergian yang tidak diduga.

    Album

    Sepanjang penglibatannya dalam bidang muzik, beliau telah menghasilkan 20 buah album dalam Bahasa Melayu, termasuk 2 buah album dalam bahasa Inggeris. Klik tajuk album untuk senarai lagu.

    ALBUM KOMPILASI

    Senarai lagu-lagu

    1. Adat Berkasih
    2. Air Mata Kasih
    3. Aku dan Duniaku
    4. Aku Penganggur
    5. Aku Penghiburmu
    6. Anak Dagang
    7. Anak Dunia
    8. Anak Gembala
    9. Antara Hujan Dan Airmata
    10. Apa Khabar Orang Kampung
    11. Ayah dan Ibu
    12. Balik Kampung
    13. Baru Dapat Kerja
    14. Bercanda Di Pasiran Pantai
    15. Berdendang Anak Dara
    16. Berpisah Akhirnya
    17. Biarku Sengsara Sendiri
    18. Bila Hati Terpikat
    19. Bila Wajahmu Kubayangkan
    20. Bimbang Terluka lagi
    21. Budak Baru
    22. Chow Kit Road
    23. Cinta
    24. Cinta dan Cita
    25. Dari Jauh Ku Pohon Maaf
    26. Dari Kerana Mata
    27. Di Dalam Sepi Itu
    28. Di Manakah Nilai Cintamu
    29. Dia Tiada Lagi
    30. Dikau Kekasih
    31. Dilema Dunia Cinta
    32. Engkau Segalanya
    33. Gadis Impian
    34. Gadis Semalam
    35. Gerimis
    36. Gerimis Di Lautan
    37. Gugur Di Tangkai Madu
    38. Hanya Lagu
    39. Hanya Nyanyian
    40. Hari Itu Dalam Kenangan
    41. Hati Rindu
    42. Hidup Sederhana Basikal Tua
    43. Hilang Berganti
    44. Hoore Hoore
    45. Hujan
    46. Hujan Semalam
    47. Inang Aidilfitri
    48. Jali-jali
    49. Jamilah
    50. Jangan Kau Curiga
    51. Jangan Kau Tanya
    52. Jauh di sudut Hati
    53. Joget Kenangan Manis
    54. Kasih
    55. Kau Akan Kembali
    56. Ke Dunia Baru
    57. Kehadiranku
    58. Kerana Mata
    59. Keranamu (Ku Kemari)
    60. Kesian Dia
    61. Ketenangan Jiwa
    62. Ku Bersilat
    63. Ku Ingin Bersama
    64. Kuala Deli
    65. Kul It
    66. Kupandu Laju (Bersalah)
    67. Malam Ini
    68. Mari Bergembira
    69. Mat Disko
    70. Mama
    71. Maya
    72. Melangkah Seiringan
    73. Merisik Khabar
    74. Milik Siapakah Gadis Ini
    75. My Morning Star
    76. Namamu Seindah Wajahmu
    77. Nilai Cintamu
    78. One Day in Your Life
    79. One Thousand Million Smiles
    80. Orang Muda
    81. Patah Hati ku
    82. Pelangi Petang
    83. Pelita Hati
    84. Penyu Menangis
    85. Pesan Abang
    86. Pujaan Hatiku
    87. Punch Card
    88. Salam Terakhir Lagu terakhir
    89. Sebuah Cinta dan Harapan
    90. Selamat Hari Raya
    91. Selamat Malam Sayang
    92. Sengsara Sendiri
    93. Senja Berulang Senja
    94. Sepetang di Pinggir Bukit
    95. Seri Langkat
    96. Seri Tambak Nyiur Gading
    97. Seruling
    98. Setelah Kau Tiada
    99. Sri Sarawak
    100. Surat Ku Yang Ini
    101. Tak Perlu Diucapkan
    102. Tanah Ini Tanahku (Milik Kita Bersama)
    103. Tanggal 31
    104. Tegakkan Bendera Kita
    105. Terasing
    106. Teratai Menjelma
    107. Teriring Doa
    108. Tetapkan Hatimu
    109. Tiada Dendam di Hati
    110. Toyol
    111. Twinkle Twinkle Little Star
    112. Untukmu
    113. Warisan
    114. You Walk Away With Nothing


    Belum disisih dengan senarai di atas.

    1. Aku Penganggur (1980)
    2. Anak Gembala (1980)
    3. Antara Hujan Dan Airmata (1989)
    4. Hidup Sederhana Basikal Tua (1980)
    5. Biarku Sengsara Sendiri (1980)
    6. Bila Wajahmu Kubayangkan (1982)
    7. Cinta (1981)
    8. Dikau Kekasih (1984)
    9. *Teriring Doa (1977)
    10. Gerimis Di Lautan (1979)
    11. Gugur Di Tangkai Madu (1978)
    12. Hujan (1980)
    13. Joget Kenangan Manis (1980)
    14. Kau Akan Kembali (1980)
    15. Mat Disko (1979)
    16. Nilai Cintamu (1980)
    17. Pelangi Petang (1982)
    18. Senja Berulang Senja (1979)
    19. *Seruling (1977)
    20. *Ku Bersilat (1977)
    21. *Surat Ku Yang Ini (1977)
    22. Tak Perlu Diucapkan (1984)
    23. Toyol (1979)
    24. Warisan (1982)
    25. Budak baru

    Nama Mu tetap Dikenang

    Nama Sudirman Haji Arshad terus bersemadi di dalam hati peminatnya. Beliau masih Penghibur nombor 1 yang sukar dicari ganti.

    Setiap kali Merdeka atau Aidilfitri, kita akan teringatkannya. Menjelang Hari Raya Aidil Fitri, rakyat Malaysia turut sama menyanyi apabila mendengar lagu nyanyian Sudirman, Balik Kampung, Selamat Hari Raya dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf berkumandang di radio dan TV. Tatkala sambutan Hari Merdeka, lagu patriotik Tanggal 31 dan Warisan masih dimainkan.

    Seperti ibunya, Sudirman diabadikan di Muzium Tokoh Pahang, di Kuantan sebagai mengenang jasanya di bidang seni kepada bangsa dan negara. Disinilah dipamerkan barang berharga - trofi Anugerah Penghibur Terbaik Asia milik Sudirman.

    Tahun 1992, sebuah buku biografi Detik Terakhir Sudirman telah ditulis oleh En. Ghafar Nin dan Cik Amira Muhamad - Keistimewaan yang ada pada Sudirman untuk dijadikan kenangan khusus buat peminatnya.


    Posted at 7:29:02 am by zaimar

    nuar
    March 1, 2007   02:33 PM PST
     
    Al-Fatihah buat allahyarham.. biar persaudaraan kita hanyalah sesama Muslim.. kita berkongsi negara dan negeri yang sama..
    semoga rohmu dicucuri rahmat dari-Nya.
    adam azrai
    July 3, 2007   09:11 AM PDT
     
    Sedih la bace citer allahyarham sudirman...mesti best kan mase die ade dulu....adam x lahe lagi mase 2...adam lahir 2 tahun slepas arwah abg sudir meninggal....thank la pade sesape yang kluarkan blog nie....sudirman hero malaysia... yang hilang tak berganti....
    adam azrai
    July 3, 2007   09:19 AM PDT
     
    Sedih la bace citer allahyarham sudirman...mesti best kan mase die ade dulu....adam x lahe lagi mase 2...adam lahir 2 tahun slepas arwah abg sudir meninggal....thank la pade sesape yang kluarkan blog nie....sudirman hero malaysia... yang hilang tak berganti....
    salam terakhir
    August 7, 2010   06:54 PM PDT
     
    mmg ptt d puji dan anugerah spanjang zaman wat sudirman.................... moga roh nya di tempatkan di kalangan yang di kasihi...............
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry